Pemberontakan Mat Salleh

Templat:Early Malaysian Rebellion

Pemberontakan Mat Salleh merupakan kekacauan bersenjata besar yang berturut-turut menentang pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British di Borneo Utara, kini negeri Sabah, Malaysia. Ia telah dimulakan oleh Datu Muhammad Salleh (juga dikenali sebagai Mat Salleh), ketua tempatan dari Daerah Lingkabo dan Sungai Sugut. Beliau memimpini pemberontakan antara tahun 1894 hingga kematiannya di Tambunan pada tahun 1900.[1]:p.5[2]:p.41[3]:p.189–190 Pemberontakan tersebut kemudian diteruskan selama lima tahun lagi sehingga tahun 1905.[note 1][4]:p.54[5]:p.863

Pemberontakannya disokong meluas oleh masyarakat tempatan dan mempengaruhi kawasan geografi yang besar dari Sandakan, merentasi Pulau Gaya, termasuk pedalaman, terutamanya Tambunan.[3]:p.190 Pemberontakannya yang terkenal berlaku pada tengah malam 9 Julai 1897, apabila beliau memimpin pengikutnya menyerang petempatan penjajah besar dengan jayanya di Pulau Gaya.

  1. ^ Wong, Danny Tze Ken (2004). Historical Sabah: Community and Society. Kota Kinabalu: Natural History Publications (Borneo). ISBN 9838120901.
  2. ^ Wong, Danny Tze Ken (Dec 2007). "From Gaya to Jesselton: A preliminary study on the establishment of a colonial township". Borneo Research Journal. 1: 31–42.
  3. ^ a b Singh, Ranjit D. S. (2003). The making of Sabah 1865–1941: The dynamics of indigenous society (2nd ed.). Kuala Lumpur: University of Malaya Press. ISBN 9831001648.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Gill
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Ooi


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "note", tetapi tiada tag <references group="note"/> yang berpadanan disertakan


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search